BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 26 April 2011

Siput??

Selesai bersarapan pagi Lia terus berangkat ke sekolah menaiki kereta bapanya. Semasa dalam perjalanan Lia telah menyoal bapanya satu soalan.
Lia:       Ayah, kenapa siput babi beergerak perlahan sangat?
Ayah:    Erm, mungkin sebab dia kecik kot
Lia:       Salah la ayah. Jawapanya sebab siput tu asyik berfikir sama ada diri dia tu siput ke babi sebenarnye.Hehe

Selasa, 19 April 2011

Air Tin

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Lalu mereka pon pergi ke pejabat agama untuk meminta sedikit nasihat daripada tok kadi.
Tok Kadi: kenapa awak rasa awak yang paling layak untuk bela anak itu?
Isteri: Sebab saya yang mengandungkan anak itu
Si suami terkesima sebab dia tahu yang kadi akan tanya dia pulak
Tok Kadi: Hah, kamu...bagi alasan kenapa anak itu kamu yang patot bela?
Suami: Tok Kadi...kalaulah saya ada syiling seringgit dan saya masukkan dalam vending machine, 
          kemudian saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanya tuan...
          air tin yang keluar dari mesin itu hak saya atau hak mesin itu?       
Tok Kadi: Hak kamulah..
Suami: Hah!! Samalah dalam kes ini pon, kan tuan? Kan? Kan?
Tok Kadi: Betul, betul, betul

Isnin, 18 April 2011

Jawab 3 Persoalan

Pada suatu pagi yang indah, dikala kesibukkan burung-burung mencari rezeki, seorang kaya diserang hendap secara tiba-tiba. Sebatang anak panah yang berkilau-kilau tertikam di dadanya secara tak sengaja. Dalam kesakitan yang teramat sangat itu, tersangat la sakit ibarat hati ayam dihiris pisau yang tajam, si kaya itu berkata kepada orang ramai yang datang membantunya: "Jangan kamu lakukan apa-apa terhadap diriku ini sehinggalah kamu memberi jawapan kepada kepada tiga persoalan cepu emas aku ini!"
"Apa dia tuan?"
"Pertama, siapakah yang begitu berani mencederakan aku dengan panah ini?" tanyanya sambil cuba menahan kesakitan yang teramat-amat itu.
Orang di sekelilingnya menggeleng kepala mereka yang tidak berat itu sebagai tanda tidak tahu.
Orang kaya itu tidak peduli, lalu dia mengajukan soalan yang kedua: "Apakah orang yang memanahku ini orang kaya atau orang miskin?"
Orang di sekelilingnya bertambah hairan, kerana mereka ingin membawa orang kaya itu mendapatkan rawatan segera tetapi hal sebaliknya yang berlaku pulak.
"Dan ketiga, apakah orang yang memanah aku ini orang luar ataupon orang dalam kawasan sini jugak?" tanya orang kaya itu dengan suara yang tersekat-sekat. Belum pon sempat orang di sekelilingnya memberi respons, orang kaya yang cedera berdarah itu pon meninggal dunia.... >.<

ps: ramai antara kita lebih fokus kepada soal-soal pinggiran berbanding soal asas dan teras dalam menangani suatu masalah. lihat saja betapa persoalan aqidah diperkecilkan dalam usaha menyelesaikan masalah hidup yang begitu kronik dalam masyarakat moden masa kini

Blog saya dah bersawang???

Salam dan pe khabar semua?
Maaflah ye sebab dah lama tak mengemas kini laman blog saya ni. Alkisahnya, saya terlupa yang saya ni ada blog, maklumlah asyik baca blog orang je sampai terlupa blog sendiri.huhu. Tapi tak mengapa kerana pada pagi yang indah, lagi permai ini, cuaca mendung malap-malap je, saya ada sedikit coletan untuk dikongi bersama, woha.
Eh, tadi saya macam ada sedikit coletan tapi dah terlupa la pulak, aisey, short loss memory la, woowah.. Rasanya lain kalilah saya kongi apa yang terlintas di fikiran saya ya. Pagi ni hilang la plak idea.. maaf ye ^_^