BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 18 April 2011

Jawab 3 Persoalan

Pada suatu pagi yang indah, dikala kesibukkan burung-burung mencari rezeki, seorang kaya diserang hendap secara tiba-tiba. Sebatang anak panah yang berkilau-kilau tertikam di dadanya secara tak sengaja. Dalam kesakitan yang teramat sangat itu, tersangat la sakit ibarat hati ayam dihiris pisau yang tajam, si kaya itu berkata kepada orang ramai yang datang membantunya: "Jangan kamu lakukan apa-apa terhadap diriku ini sehinggalah kamu memberi jawapan kepada kepada tiga persoalan cepu emas aku ini!"
"Apa dia tuan?"
"Pertama, siapakah yang begitu berani mencederakan aku dengan panah ini?" tanyanya sambil cuba menahan kesakitan yang teramat-amat itu.
Orang di sekelilingnya menggeleng kepala mereka yang tidak berat itu sebagai tanda tidak tahu.
Orang kaya itu tidak peduli, lalu dia mengajukan soalan yang kedua: "Apakah orang yang memanahku ini orang kaya atau orang miskin?"
Orang di sekelilingnya bertambah hairan, kerana mereka ingin membawa orang kaya itu mendapatkan rawatan segera tetapi hal sebaliknya yang berlaku pulak.
"Dan ketiga, apakah orang yang memanah aku ini orang luar ataupon orang dalam kawasan sini jugak?" tanya orang kaya itu dengan suara yang tersekat-sekat. Belum pon sempat orang di sekelilingnya memberi respons, orang kaya yang cedera berdarah itu pon meninggal dunia.... >.<

ps: ramai antara kita lebih fokus kepada soal-soal pinggiran berbanding soal asas dan teras dalam menangani suatu masalah. lihat saja betapa persoalan aqidah diperkecilkan dalam usaha menyelesaikan masalah hidup yang begitu kronik dalam masyarakat moden masa kini

0 comments: