BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 12 Mac 2011

Situasi di Alam PERCINTAAN

Di alam percintaan ini, segala-galanya nampak je indah. Ada situasi pada orang lain nampak  amat membengangkan tapi tidak pada mereka yang sedang mabuk CINTA...

JALAN JEM
bagi pengguna jalan raya situasi inilah yg akn menaikkn suhu dalaman badan tapi bagi pasangan bercinta jalan jem adalah situasi yg paling tenang utk berdating, makin lama jem makin lamalah mereka dapat berdating ye...

TERPERANGKAP DALAM LIF
jika yg terperangkap dalam lif pasti ada orang akan panik punyer memikirkan cara utk melepaskan diri tapi tidak bagi pasangan yg sedang di alam percintaan kerana ini adalah peluang terbaik yg datang...lelebih lagi jika hanya mereka berdua shja di dalam lif itu...woha

BERATUR PANJANG
tak kisah la beratur kat manapon atau berapa lama menunggu... diorang tak amik pedulik asalkan pasangan pasangannya turut sama beratur. makin panjang barisan tu, makin syok la dyorang dapat berborak sakan, kadang2 pasal dyorang ni jgk la yg buatkan barisan jadik panjang

MENUNGGU MAKANAN DI GERAI MAKAN
walaupon hanya air kosong dan tiba empat jam kemudian diorang tidak akan melenting sakan seperti pelanggan biasa kerana diorang tak kisah bila kekasih hati sentiasa berada di depan mata.

HUJAN DI TENGAH JALAN
Kalau pasangan bermotosikal ditimpa hujan di tengah jalan makin seronok la diorang sebab terpaksa berhenti di tempat teduh dan dapat menyambung dating selagi hujan tak reda

Kesimpulannya: Usah berdating tanpa ikatan yg sah kerana waktu tu nmpk je manis hakikatnya lu pikirlah sendiri..woha

sumber: UJANG MOY

0 comments: