BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 17 Januari 2011

batal ke wuduk?

Di suatu pagi yg hening,
si anak: Ayah, sy nk tanya soalan ni.. boleh x, ayah?
si ayah: Sudah tentu wahai anakku..apakah soalannya?
si anak: Klu seorang laki tu bru selesai berwuduk, tetibe datang seorang perempuan lalu menepuk tngnnya..batal x wuduk  laki  tu?
si ayah: Ish, mestilah batal.
si anak: eh, xla ayah..sbb perempuan tu tepuk tangan dy sendiri bkn tepuk tgn laki tu..hahaha
si ayah: ish, manalah ko belajar lawak sedemikian.............

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yg beriman ! Apabila kamu hendak mengerjakan solat basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sehingga buku lali."


Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.
Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: "Sembahyang salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk".
Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
  • 1. Sembahyang-sembahyang sunat.
  • 2. Thawaf di Baitullah.
  • 3. Menyembahyangkan mayat.
  • 4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
  • 5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
  • 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
  • 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
  • 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
  • 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
  • 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
  • 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.
Rukun wuduk itu ada enam-
  • 1. berniat wuduk
  • 2. membasuh muka 
  • 3. membasuh tangan hingga ke siku
  • 4. menyapu air ke sebahagian kepala 
  • 5. membasuh kaki sehingga ke buku lali
  • 6. tertib
Enam perkara membatalkan wuduk:-
  • 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
  • 2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
  • 3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
  • 4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
  • 5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
  • 6. Murtad.

0 comments: