Di suatu pagi yg hening,
si anak: Ayah, sy nk tanya soalan ni.. boleh x, ayah?
si ayah: Sudah tentu wahai anakku..apakah soalannya?
si anak: Klu seorang laki tu bru selesai berwuduk, tetibe datang seorang perempuan lalu menepuk tngnnya..batal x wuduk laki tu?
si ayah: Ish, mestilah batal.
si anak: eh, xla ayah..sbb perempuan tu tepuk tangan dy sendiri bkn tepuk tgn laki tu..hahaha
si ayah: ish, manalah ko belajar lawak sedemikian.............
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang yg beriman ! Apabila kamu hendak mengerjakan solat basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sehingga buku lali."
- Hadis riwayat Abu Hurairah ra.
- Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: "Sembahyang salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk".
- Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
- 1. Sembahyang-sembahyang sunat.
- 2. Thawaf di Baitullah.
- 3. Menyembahyangkan mayat.
- 4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
- 5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
-
- 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
- 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
- 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
- 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
- 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
- 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.
- 1. berniat wuduk
- 2. membasuh muka
- 3. membasuh tangan hingga ke siku
- 4. menyapu air ke sebahagian kepala
- 5. membasuh kaki sehingga ke buku lali
- 6. tertib
- Enam perkara membatalkan wuduk:-
- 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
- 2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
- 3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
- 4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
- 5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
- 6. Murtad.
0 comments:
Catat Ulasan